BAB 11
“Hi…”
Dewi
berpaling. Lama tergamam. Larut dalam terkesima. Jantungnya berdegup kencang.

Sukar
menggambarkan perasaannya di saat itu. Bertembung
sekali lagi dengan si dia yang cukup signifikan dalam memorinya. Jujur, memang dia
sering terintai-intaikan jirannya yang seorang ini. Hmm…

Manalah
dia sangka lelaki itu akan menegurnya lagi?
Fikirnya, ‘chapter’ dia dengan
lelaki yang bernama Darren itu sudah tamat. Selepas tamatnya peristiwa di suatu pagi itu. Langsung dia tidak
mengetahui yang Darren sudahpun
pulang dari Australia! Ada perasaan berbuncah-buncah menggempur
dadanya.. Matanya terus dipaku oleh
wajah itu.

“Tak
ingat abang lagi ke…? Cepat sungguh awak lupakan kawan…” perlinya dalam
mengusik. Masih membahasakan dirinya
sebagai ‘abang’. Untuk beberapa saat bibirnya melirikkan senyum.

‘Lupa…?’
bisik nurani Dewi. Dalam keadaan masih terkedu menatap wajah lelaki yang tiba-tiba saja
menjelma semula setelah sekian lama itu.
Kelibat yang seolah-olah berhalimunan di
antara batas-batas waktu yang cukup
menguji penantiannya. Kini betul-betul
di depannya.

Ditenungnya
lelaki itu yang berpakaian lengkap seperti hendak ke pejabat. Seluar berwarna
tanah dan kemeja lengan panjang rona kuning cair. Cuma tali lehernya saja
kelihatan terjulur keluar sedikit daripada poketnya. Spontan Dewi tunduk menghakimi pakaian yang membaluti tubuhnya sendiri.

Selekehnya
aku…dia berbisik walang.
aku…dia berbisik walang.
Hanya
baju kurung murahan…kalaulah aku pakai cantik sikit…luah batinnya terkilan.
Terkilan kerana pakaiannya terlalu ‘simple’ ketika ditakdirkan bertembung
dengan Darren hari itu. Kenapa harus
hari ini…? Dia mengeluh terkilan.

Ekor
matanya memicing tali leher yang sedikit
terjulur dari poket seluar lelaki itu.

Kalau
promoter, canvasser atau jurujual, jarang sekali menanggalkan tali leher jika
keluar makan seperti itu. Menjangka bila-bila masa sahaja atau di mana-mana
sahaja akan bertembung klien atau prospek baru.

Diperhatikan
Dewi, fabrik pakaiannya nampak sedikit bersinar diterjah cahaya Sang
Surya. Pastinya fabrik mahal…terteka-teka Dewi dibelenggu
kompleks inferior tiba-tiba.

“Lain
kali tak perlulah nak beramah-tamah
sangat dengan mereka…” Kata-kata Darren yang
terpacul tiba-tiba itu membuat Dewi terpinga-pinga. Gagal meneka punca dan arah
kata-katanya itu. Tiba-tiba saja ungkapan sepelik itu terluah. Berkerut-kerut dahi Dewi menatapnya.

“Mereka. Err…siapa yang abang maksudkan?” Dewi lambat
menangkap. Darren mengetap senyumnya bila terbit juga suara Dewi akhirnya. Kepalanya menekur ke tanah, menarik
ingatannya pada kata-kata Emir tentang tiga
perempuan cantik dari rumah sebelah yang bertamu ke kediaman mereka.

“Housemate abang tu. Mereka tu, bukannya mesra-jiran.
Sia-sia saja jika berbuat baik dengan mereka.” Tiba-tiba dia ketawa
kecil. Teringatkan lakonan Emir seperti yang diceritakan Alegri kepadanya. Fahamlah Dewi. Bercakap tentang lawatan mengejut rakannya Jasmina, Zulaikha dan Irene rupa-rupanya.
‘Cerita spaghetti & cubaan mengorat’ yang tidak menjadi hari itu. Huh!

“Oh…itu
ke?” terdiam sesaat. Berkerut-kerut kening Dewi cuba menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

“Bukan
saya, tapi rakan-rakan saya yang tak
semena-mena teringin sangat nak berbuat
baik dengan mereka. Sebenarnya tengahari tu kami
ada buat jamuan sedikit. Kami hulurlah apa-apa yang patut pada jiran. Tapi
saya tak campur ‘misi kemanusian’ mereka tu .
Pasal saya dah boleh agak fi’il
kawan-kawan abang tu tentu pongah dan sombong.
Harapkan muka saja macam innocent.”
Mendengar itu, Darren memanjangkan
gelak-gelak halusnya. Lucu juga mendengar komen Dewi tentang rakan serumahnya.

“Jangan
percaya dengan apa yang dilihat kali
pertama.” Dia berkias. Terdengar mengelirukan di telinga Dewi yang memang lurus
orangnya.

“And furthermore, appearance can be deceptive…”
Dalam terasa lucu itu, sempat pula dia berteka-teki.

membuka mulut hendak bertanya sesuatu, tetapi kemudian mematikan saja hasratnya.
Merasakan jawapan lelaki itu nanti mungkin tidak mampu difahaminya.

“Lain kali hati-hati. Bukan semua jiran tu
baik. Kadang-kala tanpa kita sedari,
kita sedang berjiran dengan musuh
sebenarnya. Kalau yang berjiran itu sebuah keluarga, okey juga. Tapi, inikan orang-orang bujang? Tindakan kawan-kawan awak tu amat bahaya
sebenarnya Dewi.” Serius dia menuturkannya.
Lama juga Dewi terdiam.
Meneka-neka niat pemuda yang bernama Darren itu.

Jujurkah? Atau sedang mengejek perbuatan kawan-kawannya
dulu? Wajah tampan itu direnung. Jujur
dia mengakui bahawa dia memang tertarik
pada wajah itu. Perasaan itu dirasainya sejak dia melihat aksi lelaki itu
mengganyang pemuda-pemuda yang mengancamnya dulu. Dengan tutur katanya yang
tidak pernah kasar, pandai mengawal emosi supaya tidak kecundang. Cuma sikapnya yang suka menyergah dan tidak tahu memberi salam itu yang kurang
dipersetujui hatinya. Kurang didikan
agama, mungkin juga.

“Temankan
saya makan?” Dewi yang terkesima jadi separuh
ternganga. Tidak sangka akan dipelawa makan pula oleh Darren yang sering
membuat dia terpegun dan hatinya kecimbungan itu.

“Cuaca
panas…”Darren melangut ke awan yang tipis. Mengecilkan matanya memandang langit
yang tegar membiru. Dewi mengangkat kening agak lama. Tidak faham kenapa
Darren menimbulkan isu tentang cuaca tiba-tiba.

“Hidung
dan atas dagu awak tu berpeluh. Sebab tu
saya ajak awak ke restoran sana. Dalam tu dingin,” senyumnya sambil menuding
ke restoran di antara rumah -rumah kedai di situ. Fahamlah Dewi maksud ceritanya tentang cuaca itu.

Tidak sedar dia mengangguk. Dia mengesat hujung hidungnya yang dikatakan
berpeluh itu. Kemudian tersengih-sengih mengekori lelaki itu.

Usai
memesan makanan, lelaki itu melunjurkan
kedua-dua lengannya di meja. Mata
berkilaunya fokus ke wajah Dewi.
memesan makanan, lelaki itu melunjurkan
kedua-dua lengannya di meja. Mata
berkilaunya fokus ke wajah Dewi.
“Awak
bekerja Dewi?” Dewi mengangguk.
bekerja Dewi?” Dewi mengangguk.
“Saya
ni kurang berpelajaran jadi, jawatan saya cuma kerani syarikat. Tempat kerja
saya pun ada dekat-dekat sini saja.”
Darren mengangkat kening. Kemudian
mengangguk. Terasa lucu pula dengan kaedah Dewi bermukadimah menjawab soalan
ringkasnya.

“Dewi
ni macam nama kaum India…” komennya itu
membuat Dewi menyengih.
ni macam nama kaum India…” komennya itu
membuat Dewi menyengih.
“Ibu
ambil nama seorang jiran. Ibu dengan jiran yang namanya Dewi tu memang dah lama berkawan. Hinggalah dia peluk agama
kita. Malang nasibnya, bila orang kampong tak suka dia kerana nikah suami
orang. Lelaki tu Imam Kampung kami, jauh lebih tua daripada dia.
Dia setuju kahwin pun kerana nak belajar agama Islam. Memang perangai ibu saya suka buat kawan
dengan sesiapa yang tidak begitu disukai oleh orang lain. Dia cepat kesian melihat orang lain dipulaukan. Mak cik India tu selalu tolong ibu di kebun. Akhirnya terpaksa
juga dia pindah lepas suami dia mati. Dia takutkan madunya.” Darren mengerutkan dahinya. Simpati juga dia
mendengar cerita Dewi.

Sejurus
terdiam, dia menyoal lagi.
terdiam, dia menyoal lagi.
“Dewi
saja?”
saja?”
“Oh…nama
penuh saya Dewi Salsabila.” Darren mengangguk sekali. Tertarik dengan padanan dua nama itu.

“Salsabila…?”
ulangnya bertanya.
ulangnya bertanya.
“Kata
mak, tu nama salah satu mata air di syurga,” perjelas Dewi. Membuat Darren terdiam
sejenak.

Patutlah mataku
sejuk saja bila menatap wajahnya.
Biarpun sekadar berjubah dan berbaju kurung.…berbisik hati Darren sambil
meneliti riak wajah Dewi yang kelihatan canggung-canggung duduk di depannya.

“Sudah
berumahtangga?” Dewi mengangguk.
Kemudian cepat-cepat menggeleng. Keliru. Akhirnya angguk semula. Bila teringatkan bagaimana dia pernah mengangguk pada Tok Kadhi
yang mengijab-kabulkannya dulu.

“Yang
mana satu?” Darren menahan senyum. Tubuhnya dianjak sedikit kebelakang. Menyandar dalam posisi sedikit mengiring. Dengan matanya yang
semakin fokus. “Dah kahwin atau, belum
kahwin? Kejap angguk, kejap geleng.”

dah kahwin. Tapi, suami dah arwah.”
dah kahwin. Tapi, suami dah arwah.”