Empat novel Mac 2014 terbitan Alaf 21.
Pembelian secara online sila ke http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3707
Tuliskan nama novel yg anda inginkan di kotak kosong, contohnya Potret Dua Wajah....Sebarang kesulitan, hubungi talian ini:~ Telefon 03 5101 7480/7481.Pembelian secara online sila ke http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3707
Sinopsis Potret Dua Wajah
Dua jelitawan, Dania dan Danila yang berwajah seiras ialah
pelajar genius dua bersaudara. Mereka terlalu akrab, dan amat menyayangi satu sama lain. Tidak pernah berpisah sedari kecil lalu
sering disalah anggap sebagai kembar, meskipun berbeda usia setahun.
Tamat tingkatan 3 Dania terus ke sebuah Insitiut Teknik , SMTSU di
Selangor manakala Danila yang kecewa kerana terpaksa berpisah dengan adik
kesayangannya, nekad menerima tawaran
melanjutkan pelajaran di luar negara berbekalkan keputusan cemerlang
dalam peperiksaan SPM.
Di Institiut tersebut Dania menempa populariti kerana bakat
melukisnya yang tiada tara. Dania yang memiliki pakej yg lengkap terus menjadi
buah hati sekolah. Dia jadi anak emas
sekolah. Disayangi oleh majoriti guru di
sekolahnya dan menjadi anak angkat
kepada Pengetua Encik Mat Nor.
Dialah juara tenis antara sekolah. Dialah juara petandingan
cerpen peringkat nasional . Paling
mengagumkan, dia sentiasa mengungguli tempat pertama di mana-mana pertandingan melukis yang diadakan. Bermula dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat
negeri dan nasional. Dia meraih ratusan trofi dan dianugerahi hadiah-hadiah
lumayan disamping turut diberi peluang
melawat Kota Paris. SMTSU menjadi
masyhur kerananya.
Kedatangan guru Fizik yang juga merupakan guru Lukisan kejuruteraan, bernama
Masriezal ke situ telah membenihkan
sesuatu yang diluar kemampuan untuk dia
menolaknya. Dia gagal bertahan dan jatuh
cinta. Sayangnya, guru itu tidak tertarik dan menganggapnya
masih mentah. Meskipun dia berusaha sedaya upaya menarik perhatian guru
tersebut bermodalkan kejelitaannya dan bakat melukis luar biasa yang dipunyainya.
Tanpa segan-silu, dia menghadiahkan guru
itu karya-karya lukisannya hampir sebilang masa. Meskipun cintanya tidak dilayan guru tersebut, namun Dania tidak
pernah berputus asa. Sesuatu terjadi
ketika guru itu menyambut pelawaan Dania bertandang ke kampungnya di utara,
iaitu di Perlis.
Barulah guru itu mengetahui betapa daif dan melaratnya gadis hebat yang menjadi ikon dan idola para pelajar SMTSU itu. Di
sebalik semua itu, Masriezal berasa amat terharu dan kagum. Ini kerana Dania tidak pernah berasa malu menunjukkan
kemelaratan hidup dia dan keluarganya. Yang
gadis itu tahu, dia mahukan Masriezal
yang dicintainya itu menikmati keindahan
desa di mana dia dibesarkan. Dia seorang pelukis. Sudah tentu dia juga pencinta keindahan. Dan dia mahu berkongsi rasa dan minat itu
dengan lelaki yang amat dikaguminya.
Di tengah-tengah bendang
sawah, Dania mempamirkan kemahirannya melukis yang sungguh tiada tara. Dia
menunjukkan betapa mudahnya dia memindahkan
segala keindahan di situ ke atas sebuah kanvas dengan semudah ABC. Masriezal
kagum. Terlalu kagum. Minat yang mendalam terhadap bakat Dania menunaskan rasa kasih dalam
dirinya terhadap gadis itu. Lalu bersemilah perasaan cinta.
Tercetus konflik bila tiba-tiba Dania berubah sikap. Dia menjadi amat penyedih dan seakan-akan dibelenggu kesusahan atau masalah yang terlalu
serius. Namun dia tetap enggan
menyatakan punca dia berdukacita itu kepada Masriezal yang bahkan bersedia
hendak membantunya bila-bila masa sahaja
buat gadisnya. Dania seolah-olah terikat
kepada sesuatu yang tidak mampu dirungkai
oleh sesiapapun. Tiba-tiba saja
SMTSU mengalami pertukaran Pengetua. Lelaki
yang menjadi ayah angkat Dania
digantikan oleh seorang pengetua yang lebih muda bernama Khir Nawawi.
Pengetua baharu itu mendatangkan kecurigaan di hati
Masriezal. Dia juga kelihatannya amat rapat dengan Dania. Masriezal mengesyaki ada sesuatu yang tidak
baik berlangsung di antara Dania dan Pengetua yang masih muda itu.
Atas sesuatu sebab, Dania tiba-tiba mengambil cuti untuk pulang ke
kampungnya. Dia bertembung dengan kakaknya Danila yang baru pulang dari
Southampton kerana bercuti juga. Namun hanya seketika mereka dapat
bersama. Kerana Dania kembali semula ke SMTSU, tapi kali ini dengan
sikap berbeza. Dia kelihatan lebih
radikal dan lebih agresif.
Perubahan itu tentunya mengejutkan Masriezal yang teramat
mencintainya. Dania seperti mahu
menjauhkan diri daripadanya. Tetapi
kenapa? Dia malah, bersikap aneh dan berlagak tidak seperti dirinya sendiri. Apakah yang membelenggu Dania hingga mengubah
personalitinya sedrastik itu? Masriezal
sedih dan bingung.
Beberapa hari sesudah itu Dania ditemui tergantung di kipas
siling kelasnya. Paling menyayat hati, Masriezal yang tidak tahu apa-apa telah dituduh menghamilkan Dania sehingga
menyebabkan gadis itu nekad membunuh diri.
Masriezal meninggalkan profesion perguruannya dan berkhidmat
sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat pengilangan di Selangor. Dia
berikrar tidak akan ke sekolah itu lagi. Juga tidak akan jatuh cinta lagi. Dia
benar-benar kecewa dan sungguh-sungguh
menderita dek kematian Dania..
Manakala Danila,
sesudah kematian Dania, enggan meneruskan
pengajiannya semula di Southampton. Dia menghidap kemurungan dan sentiasa mengurung
dirinya di kamar adiknya yang dipenuhi alat-alat lukisannya. Walhal dia, amat bencikan lukisan malah memusuhi apa saja yang berkaitan dengan seni
lukisan.
Di SMTSU itu pula,
ramai kenampakan entiti yang menyerupai
wajah Dania. Kelibat menyerupai
arwah Dania itu dilihat bergentayangan
di merata-rata tempat di sekolah
tersebut. Fenomena itu menakutkan para pelajar yang belajar di sana. Kelas tempat Dania pernah belajar dulu
terpaksa ditutup dan dijadikan stor.
Penemuan nota kecil di luar pintu kondonya membuatkan Masriezal bertekad untuk kembali semula ke sekolah tersebut demi membersihkan nama Dania yang diaibkan dengan
tohmahan membunuh diri. Dia tidak
percaya pelajar bijak dan genius seperti Dania sanggup melakukan perbuatan
terkutuk itu. Masriezal dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar Kelas Elit yang pernah dibimbing arwah
Dania, berusaha menyingkap misteri di
sebalik kematian pelajar genius tersebut.. .
Maniam yang merupakan jaga sekolah tersebut akhirnya
terpaksa dimasukkan ke wad psiakiatri setelah diserang lembaga yang berkeliaran
di SMTSU. Sebelum mati, matanya asyik merenung
ngeri kipas siling di wad di mana dia
dirawat. Dia mati kejung dalam keadaan
kedua tangannya kaku di leher seolah-olah sedang mencekik dirinya sendiri.
Kenapa?
Sebuah kisah sedih.
Kisah impian yang berkecai . Kisah pengharapan yang luruh bersumberkan sebuah kisah benar seorang pelajar membunuh diri si
sekolahnya setelah hamil diperkosa jaga sekolah ini. Namun sesudah derita ada bahagia. Anda semua di luar sana…jaga-jaga !