Wednesday, May 11, 2011

Lama sudah tidak kujengah blogku. Salam dan kupersembahkan karya terbaruku.

Kisah cinta tulus seorang suami terhadap isterinya. Perkahwinan yg diasaskan oleh sebuah persahabatan dan pupukan kasih sayang sejak kecil hingga mengelopak menjelmakan cinta yg indah.
Sayang sekali perkahwinannya disabotaj oleh rakan sendiri yang jatuh cinta begitu parah sekali terhadap isterinya. Akhirnya duri dalam daging itu berjaya mempengaruhi isteri yang terpenjara di sebuah depoh tahanan wanita di saat percutian bulan madu mereka. Konon najis heroin yg ditemui dalam bagasi si isteri adalah angkara khianat si suami. . Hinggalah siisteri menguja iltizamnya demi membalas dendam pada suami yang hakikatnya dianiaya rakan karib sendiri bernama Robin . Keluar saja dari Dochas Center, Zaidura yg menukar nama pd 'Zeidra' atas usaha Robin menukar imej dan parasnya demi menjadikan pembalasan dendam itu suatu lestari.
Mampukah Adiwira[suami] membuktikan kejujurannya di ambang misi dendam itu hampir terlaksana untuk menjerutnya. Dan bagaimanakah dia akhirnya mampu mengecam wanita yg menyamar sebagai pekerjanya itu ialah isteri yg dirindui yg dikatakan Robin menghilangkan diri selama 5 tahun semata-mata curang kerana mengikut lelaki lain?