Saturday, May 30, 2009

Kalimah Jiwa



Sinopsis:

IFLIANY sama sekali tidak menduga, suami sendiri sanggup mengurung dan melacurkannya. Air mata tidak henti merawat luka di hati. Setiap hari dia menadah tangan, semoga neraka dunia itu bukan tempat untuk dia selama-lamanya.

Doanya termakbul... dia diselamatkan oleh Naqlis. Pemuda itu bagai menyuluh sinar bahagia untuknya, menjirus bersih noda di seluruh tubuhnya. Status lelaki itu sebagai peguam melayakkan Ifl iany mendapat pembelaan. Kedurjanaan Fahren, si suami wajib dihukum!

Namun, laporan pemeriksaan doktor sungguh memeranjatkan. Ifl iany masih dara! Lantaran itu, apa bukti dia seorang pelacur? Dan apa pula tindakan Naqlis untuk mendakwa Fahren?

15 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam kak Haiza,
Saya baru sahaja selesai menamatkan novel Kalimah Jiwa. Cerita yang amat mengesankan.
Pemilihan tema kemasyarakatan, sudah pasti mampu memberikan impak yang berbeza kepada pembaca. Jika selama ini kita sering dihidangkan dengan kisah percintaan yang membuai perasaan, namun kehadiran Kalimah Jiwa berjaya membuka mata betapa sikap ingin mudah senang akan menjerat diri.
Malah, ia menyingkap betapa sukarnya apabila diri bergelar pelacur untuk berpatah kembali ke jalan yang lurus andai benar-benar beriltizam. Teringat saya satu kisah yang berlaku sepanjang kerjaya saya, seorang gadis dijadikan pelacur oleh bapa saudara setelah kematian kedua ibu bapanya. Beliau dijual kepada seorg bapa ayam setelah kesuciannya direnggut oleh bapa saudara. Akhirnya dia terdampar di Kota Singa dan bernasib baik apabila dibebaskan oleh seorang lelaki, setelah mengetahui kisah hidupnya. Malangnya setelah kembali ke ibu kota dan cuba membina hidup baru, ternyata masih ramai bekas pelanggan yang mengenalinya. Hidupnya kembali porak peranda. Lantaran tak sanggup lagi menghadapi suasana akhirnya kembali dia ke lorong gelap. Amat, amat malang.
Andai ada lagi seorang Naqlis aka Sunny, pasti dia akan sebahagia Liany.
Membaca KJ, mengingatkan saya kehidupan kupu2 malam ini... Bagaimana kita semua boleh membantu mereka? Apakah sehingga akhir mereka akan terus menghuni lorong hitam itu? Moga mereka beroleh hidayah dan ada ramai insan seperti Naqlis...
Sekalung tahniah buat kak Haiza.

haiza najwa said...

T.Kasih kerana sudi mberi komen membina. Cerita yg anda sampaikan itu lebih hebat dr novel KJ. Mengalir air mata sy. Mudh2an, di mn sj ceruk wanita itu berada, ALLAH akn selalu bersamanya. Suatu ktika ttp akn muncul sinar bhg buatnya. Ada senang ssdah susah. Anda seorg yg prihatin! Salam dr kak Haiza.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam kak,
buatlah shoutbox.. senang nnti nak 'jerit2' heheh

Hanny Esandra said...

salam..

Saya sedang baca Kalimah Jiwa.. bez sangat..
harap sudi ke blog saya.. hehehe...
hannyesandra.blogspot.com

Salam perkenalan kak...

Razmirah said...

aduhai sedihnye novel Kalimah Jiwa ni..saya suka sangat dgn cerite ni. sampai ternanges2 kat tempat kerja. malu lah pulakkk, hehhehe.

eh tapi alangkah baiknye kalau hati kite sesuci hati Ifliany...Insyallah Allah buka hati kite utk menjadi seperti Ifliany(:

salam sayang dari orang singapura! (:

haiza najwa said...

TQ 4 comments.
InsyaAllah, jk diawali niat yg suci, sucilh hti. Andai trssr di mata org lain pn, ALLAH kan LagiTahu. Slm syg dr kak Haiza juga.

jamilahmuda said...

Assalamualaikum Sahabatku yang terlalu lama tidak ku ketemu. Rupanya telah menjadi seorang novelist yang popular. Tahniah buatmu semoga sukses selalu. Sudi kiranya menyambung silaturahim melalui email address jamilah_jmc@yahoo.com atau telefon 019-3577496/03-78466051.

Anonymous said...

sy skung baru je baca kalimah jiwa ..pada permulaan shaja hati telah trtarik dgn perwatakan ifliany.hebat rse nya klu mnjadi seperti itu..dan dpt bertemu lelaki yang sebaik naqlis..smoga kak haiza trus berjaya di dalam karya..ila.

haiza najwa said...

thanx Ila..doakn Ila berjy jge..

Anonymous said...

Kalimah Jiwa Top % bestseller di Jaya Jusco! Has

haiza najwa said...

sorry lmbt bls..Iye ke? Hmm..gerenti k sana ..stalking..skodeng bku sendri. heheh

haiza najwa said...

Mila..aku br nk bkk blog kau ney..ak mmg syg ko dr dlu lg..syg hidg mncg ko 2 - he heh

Anonymous said...

Tak rugi beli K. Jiwa. Citer memang terrrrsgt menarik dan luar biasa. Tapi nak komen sikit tentang pggunaan B.Inggeris yg trlalu tinggi. Sy dan geng tak tercapai jadi kami guna kamus. Kami selalu k blog ni tp nape jarang bercerita macam blog lain. Serius sangat! HMF dan rakan-rakan.

haiza najwa said...

Bhs 2 bhs biasa-biasa saja. Kalau tinggi sgt tentu takde dlm kamus. Tpi elok jugak bljr bukak2 kamus 2, mmperkasa ilmu di dada. TQ HMF and friends.

Angel said...

I'll go for this book. Since a friend just finished reading it, it's just a chance for me 2 borrow. Good luck for me