Hendaklah kamu bertanya pd dirimu dan jwblh dgn akal yg jernih
1] adakah kamu tahu yang kamu akan berpergian [alam barzakh] dan takkan kembali? Sudahkah kamu mbuat persiapan untuknya?
2] sudhkah kamu bekalkan diri kamu di dunia fana ini dgn amal yg soleh utk mnjawab soalan2 dlm kubur kelak?
3] Brpkah usiamu saat ini? Dan brp lama lg kamu akn hidup? Adakah kamu sedar bhw setiap permulaan itu pst ada kesudahan, dan kesudahan itu adalah neraka atau syurga..?
4] adakah kamu prnh mbayangkan ketika malaikat sakratul maut turun dari langit utk mencabut ruhmu dan kamu ketika itu dlm keadaan tidak lalai atau..lupa????? Yg mana satu...!
5] adakah kamu prnh mbayangkan saat-saat akhir dlm hidupmu, ketika kamu berpisah dr klrga, anak2, kekasih dan para kerabat?
Itulah kematian dgn masa-masa sulit mnjelang kdtgnnya berserta penderitaannya. Aduhai.. itulah kematian..duhai anda semua. Itulah kematian..ia akan datang pd kita tidak kira masa. Bersedialah..
Setelah roh terpisah dr raga, kita akan dibawa utk dimandi dan dikafankan. Orang-orang yang membawa kita menuju ruang untuk disolatkan. Selanjutnya jenazah kita akan dipanggul di atas bahu beberapa orang lelaki. Ke mana..? Ke mana kita akan dibawa? Kita akan dihantar ke kubur. Persinggahan seblm akhirat yg hakikat. Boleh jadi kubur itu merupakan taman-taman syurga, atau sebuah jurang dari jurang-jurang neraka.. Ya Allah..ampunilah kami, kami amat takut akan api nurakamu. Tapi Engkau Ya Ghafur..amat suka mengampunkan hamba-hambaMU. [hadiah utk Nik yg sgt gemar berpesan]
Saturday, July 18, 2009
Wednesday, July 15, 2009
KALIMAH JIWA 10 TEN DI PESTA BUKU ALAF 21
TOP 10 JUALAN
PESTA BUKU ALAF 21
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
TOP 10 NOVEL | PENULIS/SELENGGARA | |
1. | Ilham Hati | Damya Hanna |
2. | Hanya Dia Tahu | Aleya Aneesa |
3. | Jawapan Yang Pasti | Eka Fahara |
4. | Sungguh Aku Cinta | Anis Ayuni |
5. | Kalimah Jiwa | Haiza Najwa |
6. | Cuma Dia | Norzailina Nordin |
7. | Ceritera Rindu | Leeya Myra |
8. | Cinta Dua Jiwa | Rania Firdaus |
9. | Syurga Di Hati | Fatin Nabila |
10. | Syair Cinta | Intan Arnida |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
sila ke http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabukuaaf_jun09/top10.html
Saturday, May 30, 2009
Kalimah Jiwa
Sinopsis:
IFLIANY sama sekali tidak menduga, suami sendiri sanggup mengurung dan melacurkannya. Air mata tidak henti merawat luka di hati. Setiap hari dia menadah tangan, semoga neraka dunia itu bukan tempat untuk dia selama-lamanya.
Doanya termakbul... dia diselamatkan oleh Naqlis. Pemuda itu bagai menyuluh sinar bahagia untuknya, menjirus bersih noda di seluruh tubuhnya. Status lelaki itu sebagai peguam melayakkan Ifl iany mendapat pembelaan. Kedurjanaan Fahren, si suami wajib dihukum!
Namun, laporan pemeriksaan doktor sungguh memeranjatkan. Ifl iany masih dara! Lantaran itu, apa bukti dia seorang pelacur? Dan apa pula tindakan Naqlis untuk mendakwa Fahren?
Friday, May 15, 2009
Wednesday, May 13, 2009
KETIKA DI MASJID HUAISHENG

Kak Haiza ke Guangzhou berdua saja dengan anak bongsu yang kak Haiza panggil baby. Semua disebabkan novel ini. Novel Kalimah Jiwa. Kisah percintaan siswi UPM yang dipenjara dan dilacurkan oleh suaminya selama 1001 malam. Di malam ke 1001, dia diselamatkan dan dilarikan oleh sepupu suaminya yang bernama Naqlis. Mereka berkahwin setelah mahkamah keadilan memenjarakan bekas suami Ifliany setelah sabit kesalahannya.
Sempena detik bersejarah ' SERIBU SATU MALAM' itulah maka keduanya berjanji akan datang semula solat di masjid ini padahari ke 1001 mereka diijabkabulkan. Keduanya melafazkan istikrar tersebut ketika berbulan madu di Guangzhou. Sayangnya tercetus pelbagai tragedi sesudah itu.
Kak Haiza terbaca mengenai masjid Guangta yangjuga dikenali sebagai Masjid Huaisheng. Terfikir pula untuk mengaitkan plot cerita dengan masjid ini. Kali pertama, tak sempat merakamnya tapi terjumpa beberapa orang jemaah yang sering ke sana. Lawatan kali kedua terjumpa pula empat pelancong dari Malaysia. Terkejut mereka. Bila tahu kak Haiza datang tidak dengan rombongan. Tapi siapa tau, sukarnya kerana pergi berdua. Pertama komunikasi adalah sehala kerana majoriti orang Canton ni memang miskin Bahasa Inggeris. Tapi mereka sangat ramah dan suka orang Malaysia. Sedihnya famili di Guangdong Province ni hanya dibenarkan memiliki seorang anak. Seronoknya, jalanrayanya tak ada motorbike kerana sudah lima tahun banned, kecuali untuk kegunaan polis dan OKU.
Guess what? Manuskrip novel terbaru kak Haiza bercorak kejiwaan yang begitu sukar untuk diselesaikan, tapi dengan memerap di hotel di Uptown Nine Street hanya beberapa malam, kak Haiza berjaya mencari konklusi ceritanya. Novel ini hanya akan keluar selepas novel Kalimah Jiwa. Selamat membaca duhai pembacaku tersayang. Jugaterima kasih pada Alaf 21 penerbit No I di nubari kak Haiza.
KETIKA DI GUANGZHOU
Er Sha Island atau Zhujiang New City merupakn koloni para jutawan, dataran ini pn sbnrnya dilrg diinjaki, tp tourist d maafkn skdar peleseran tebingan sj.
Slps jam 6, bleylaa berseronok br'cruise' spnjg Pearl River ney. To tell U d truth - x mane srnoknyer brcuti tmpt ney. Nk ke Macau? 2 jam jer naik Van dr sini..Tp x 'sui..' ker sepupu sinonim monte carlo tuuh?





Sungai latar foto-foto di atas adalah Pearl River iaitu antara 4 sungai terbesar di China iaitu Yangtze River, Yellow River[Hwang Ho], Black Dragon River dan river ini yang dikenali sebagai Pearl River. Tapi kalau nak lepak untuk bercuti, lebih baik ke Beijing atau Xinjiang, kerana Guangzhou ni semak dengan hutan batu. Kadangkala ada puting beliung pulak. Jadi faham-fahamlah.. Sian baby, orang-orang di Guangzhou ramai tanya, bapa baby ada darah Cina ke..? he..he..
Monday, February 23, 2009
KASIH VILLA CINTA

Hanya kerana satu rombongan pelajar UPM ‘berkampung’ di villa yang dikenali sebagai Teratak Kilau, sumpahan terhadapmereka yang menghampiri villa tersebut benar-benar terjadi.
Satu-satu nyawa telah diragut dan ini menguatkan lagi tanggapan penduduk di situ bahawa Teratak Kilau sememangnya berpuaka!
Faliq yang tidak mempercayai bidaah tersebut nekad untuk membongkar misteri Teratak Kilau bersama-sama Halizam, Acap,Kelam, Jati, Fauzan(yang ‘ayu’), Getrude,Fitrina dan Ajue.
Penemuan sebuah terowong Teratak Kilau membawa mereka ke sebuah kisah cinta dan misteri yang pernah berlaku di villa tersebut suatu waktu dahulu......
Subscribe to:
Posts (Atom)